Search This Blog

08 Disember 2012

Cerita Moral 10


Satu Hari Satu Cerita



Kasih Sayang

Seorang anak terpengaruh dengan cerita rakan-rakan di sekolah yang mendapat upah bila membuat kerja di rumah. Sebagai anak sulung pasti banyak tugas membantu diberikan kepadanya. Untuk meminta upah secara terus terang dengan ibunya si anak menulis nota dan diletakkan di pintu peti sejuk, dengan harapan ibunya malam kelak dapat membaca notanya yang tercatat:


1
mengangkat pakaian di jemuran  
RM 1.00
2
mencuci pinggan                            
RM 1.00
3
menyiram pokok                            
RM 2.00
4
menjaga adik                                  
RM 4.00
5
Jumlah
RM 8.00

ibu, sila masukkan duit upah Along dalam uncang di atas meja Along ya.

Si Ibu yang baru pulang dari pejabat terkejut bila membaca nota yang dititipkan oleh anaknya itu. Dengan hati yang berat si ibu membalas:

Along yang ibu sayang, ibu pun ingin meminta upah untuk apa yang ibu dah lakukan untuk Along

  
1
melahirkan Along
RM 0.00
2
menyusukan Along
RM 0.00
3
menjaga Along ketika deman
RM 0.00
4
menyekolahkan Along
RM 0.00
5
menyayangi Along seumur hidup ibu
RM 0.00
5
jumlah
RM 0.00
          
Semuanya ibu buat dengan percuma kerana kasih ibu pada Along tidak dapat diukur dengan wang ringgit.

Lewat malam itu ibu  titipkan surat bersama upah RM7.00 buat Along. keesokkan paginya Along terus melihat ke dlam uncang nya di atas meja untuk memastikan upahnya ada. Along gembira kerana rencananya menjadi. Ketika itu jugalah Along terlihat sekeping nota, lalu dibacanya. Selesai shaja nota itu dibaca Along menangis tersedu-sedu kerana dia tahu hati ibunya terluka akibat tingkahnya, dia segera meminta maaf pada ibunya.



moral cerita ini ialah: kasih sayang antara ibubapa dan anak seharusnya tidak bersyarat. Sayangi anak kita, anak didik kita sepenuh hati , pasti mereka juga begitu ......




Tiada ulasan: