Search This Blog

30 November 2012

Cerita Moral 2


Satu Hari Satu Cerita 



Pada suatu hari, arnab keluar bersiar-siar. Arnab ternampak kura-kura. Kura-kura sedang merangkak perlahan-lahan.

"Ha! Ha! Ha!" arnab ketawa.
"Kura-kura berjalan sangat perlahan," kata arnab dalam hatinya.

Arnab segera pergi berjumpa kura-kura.

"Wahai kura-kura, mahukah engkau berlumba lari denganku?" arnab bertanya.

 "Ya, baiklah! Aku bersetuju," jawab kura-kura.

 "Satu, dua, tiga!" arnab membilang.

Perlumbaan pun bermula.
Arnab berlari kencang. Kura-kura merangkak perlahan.

Di pertengahan jalan, arnab berehat di bawah sebatang pokok. Kemudian, arnab tertidur.

Kura-kura terus merangkak. Akhirnya, kura-kura sampai di garisan penamat.

Arnab terjaga daripada tidurnya. Arnab terus berlari kencang. Tetapi kura-kura sudah berada di garisan penamat.

Arnab kalah dalam perlumbaan itu. Arnab berasa malu.


NILAI MURNI
Jangan sekali-kali memandang rendah terhadap orang yang lemah atau miskin. Setiap orang mempunyai keistimewaan dan kelebihan masing-masing. 

29 November 2012

Cerita Moral

Satu Hari Satu Cerita 



ANJING DENGAN BANGAU

Bangau berkawan baik dengan anjing. Setiap hari, mereka bermain bersama-sama. Pada suatu hari, bangau mengajak anjing pergi ke rumahnya. Bangau menghidangkan makanan. Tetapi anjing tidak dapat makan.

Bekas itu bermuncung panjang. Anjing tidak dapat mengambil makanan di dalam bekas itu. Bangau boleh makan kerana paruhnya panjang. Bangau makan sehingga kenyang. Anjing pulang dengan perut lapar.

Pada hari yang lain, anjing mengajak bangau pergi ke rumahnya pula. Anjing menghidangkan makanan. Tetapi bangau tidak dapat makan. Bekas itu leper. Bangau tidak pandai mengambil makanan di dalam bekas leper.Anjing makan sehingga kenyang. Bangau pulang dengan perut lapar.


NILAI MURNI
Setiap perbuatan buruk pasti akan menerima balasan buruk. Oleh itu, kita mestilah sentiasa berbuat baik.



27 November 2012

MARI BELAJAR BAHASA MELAYU

Blog ini saya sajikan untuk semua.Semoga dengan wujudnya bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran di dalam blog ini dapat memberi sedikit panduan yang boleh digunakan khas untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia . Walaubagaimanapun boleh juga diaplikasikan untuk mata pelajaran lain....Semoga bahan ini boleh membantu....Terima Kasih..