Search This Blog

Latihan Tatabahasa


Latihan tatabahasa

Kata Hubung

 Pilih jawapan yang paling sesuai.
  
1.     Cubalah bersungguh-sungguh ( ketika, setelah, sehingga ) berjaya.

2.     Mereka sedang berbual-bual ( tentang, kecuali, serta )   

        kemalangan jalan raya yangberlaku  pagi tadi.

3.     Dia memulas kain itu ( kerana, sementara, hingga ) kering.

4.     Semua penduduk kampong sibuk bekerja ( sementara, manakala, meskipun ) dia
        berpeluk tubuh sahaja.

5.     (Selepas, Semenjak, Manakala) Menteri Pendidikan selesai berucap, beliau akan  
        menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

6.     Amran mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan ( kerana, ketika, tetapi)
        diabelum berpuas hati.

7.     Semua murid menumpukan perhatian ( sebelum, sewaktu, selepas)cikgu 
        mengajar.

8.     Cikgu Kalsom menasihati Rajeswari ( melainkan, sehingga, supaya)sentiasa 
        rajinbelajar.

9.     ( Walaupun, Sementara, Setelah) menunggu padi masak, petani itu menanam 
         sayur-sayuran.

10.    Bayi itu menangis ( apabila, agar, serta) berasa lapar.


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


Kata Arah  

Isi tempat kosong dengan kata arah yang sesuai.


(  sisi   /   belakang   /   atas   /   dalam   /    luar  )


1.   Lokman terus bersembunyi di __________ pintu rumah ketika adik mencarinya.

2.   Puan Mary duduk di __________ Selvi yang terlantar di katil hospital.

3.   Abang memarahi kakak yang cuai kerana meletakkan pisau di __________meja.

4.   Salmi meletakkan seketul batu yang cantik di __________akuarium.

5.   Semua murid dimestikan beratur di __________kelas sebelum guru tiba.


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


SIMPULAN BAHASA

Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang sesuai.

     angkat kaki   /   anak angkat   /   alas perut   /   atas pagar   /  ajak-ajak ayam   /  
     ada akal   /   ada hati     

1.     ____________________ Pak Cik Ismail menjadi doktor gigi.

2.     Apabila pegawai penguatkuasa datang ke tempat itu, semua penjaja yang
        tidak  berlesen   ____________________.

3.     Sewaktu kami bekerja budak itu  ____________________ sahaja.

4.     Fauzi makan sebungkus nasi lemak sebagai  ____________________ sebelum
        ke sekolah.

5.     Jangan terima jemputan itu, dia  ____________________ sahaja.

6.     Jia Hui  ____________________ uuntuk ikut jejak langkah ayahnya menjadi
        seorang dokter apabila dewasa nanti.

7.     Kamil  ____________________ untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh  
        Lingam.



@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


KATA PENGUAT

Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.

        sangat  /  paling   /  sungguh  /   sangat  /   benar

1.     Pokok kelapa itutinggi.

2.     Razak gemuk dalam kelas itu.


3.     Kuih yang digoreng oleh kakak garing.


4.     Baju yang dipakai oleh Firdaus besar.


5.     Buku-buku di situ tebal .


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@



KATA PEMERI

Isi tempat kosong dengan kata yang sesuai.

         ialah      /      adalah 

1.     Sekolah Kebangsaan Darau  sekolah saya.

2.     Hadiah itu  untuk pemenang peraduan tarik tali.


3.     Hujah-hujah yang dikemukakan oleh Alias  kurang tepat.


4.     Encik Samy  pegawai di jabatan itu.


5.     Cahaya yang berkelip-kelip itu cahaya dari  rumah api.


6.     Rojak  makanan kegemaran saya.


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@



KATA SERU

Isilah tempat-tempat kosong yang berikut dengan kata yang paling sesuai di dalam kurungan.

1.   _________, terimalah tikamanku ini!  (Hai , Nah)

2.   _________, cantik lukisan ini!  (Cih , Wah)

3.   _________, malang sekali nasib anak-anak yatim itu!  (Aduhai , Aduh)

4.   _________, kamu rupa-rupanya yang berada di sini!  (Wahai , Hai)

5.   _________, lama sungguh kita tidak berjumpa!  (Cis , Hai)

6.   _________, aku tidak peduli lagi!  (Ah , Wah)

7.   _________, cantiknya burung merak itu!  (Amboi , Ah)

8.   "_________, kamu sudah berkereta sekarang!" kata Mohan kepada Azura.  
      (Hoi , Wah)

9.   "_________, berani engkau menentang aku!" kata Demang.  (Cis , Wahai)

10.   _________, sakitnya gigiku!  (Nah , Aduh)

11.   ( Oh , Wah , Cis ), begini caranya orang membuat sarung ketupat!

12.   ( Aduh , Amboi , Wah ), laju sungguh pemuda itu memandu keretanya!

13.   ( Oh , Cis , Aduh ), harapkan pagar, pagar makan padi! Harapkan kawan,
        rupa-rupanya kawan        yang menjadi musuh sendiri.

14.    ( Wah , Oh , Nah ), ini sahaja barang-barang yang dapat aku berikan!

15.    ( Amboi , Aduh , Cis ), comelnya anak-anak kucing Parsi ini! Geram aku
         melihatnya.



@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@



KATA BILANGAN

Isi tempat kosong dengan jawapan yang diberi.

       empat   /  setiap   /  ribuan   /   beberapa  /     semua /    setengah    /   
       berapa    /   pertama  /    kedua-dua  /   berminggu-minggu

1     penonton membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil.


2     belah pihak yang bertelagah itu tidak mahu mengalah.


3    Inilah  kali saya menjejakkan kaki ke Kelantan.


4     orang muridkah yang menyertai rombongan itu ?


5    Encik Murad mempunyai  orang anak lelaki.


6     orang peserta tidak dapat meneruskan perlumbaan itu.


7     hari ayah menghantar adik ke sekolah.


8    Rumah Fauziah kira-kira  kilometer dari sini.


9    Sudah  lamanya usaha dijalankan untuk mencari budak
      yang sesat di hutan itu.

10   "Jangan makan  kuih itu, tinggalkan sedikit untuk adik kamu,"
      kata Mak Siti.



@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@



PENJODOH BILANGAN


1.    Ada se _________ itik sedang mencari makan di paya itu .
        A  gerombolan    B  pasukan     C   kawan    D   kelompok

2.    Se________ kasuk Tan telah dicuri oleh penagih dadah .
       A  butir              B  buah           C   biji        D   pasang

3.    Ayah membeli se________ pisau di pasar raya itu .
       A  bilah              B  pucuk           C   ketul          D   laras

4.    Ibu Mei Ling menyuruh anaknya menberikan se________ tikar kepada ayahnya
       yang duduk di       halaman rumah .
       A  papan               B  gelung          C   golong        D   gulung

5.    Yap membeli se________ anting-anting .
       A  pasang             B  biji               C   butir          D   ketul

6.    Daripada se_______ benanglah , lama-lama menjadi se_______ kain .
       A  urat , bidang                    C   lembar , helai
       B  helai , gulung                   D   buku , keping

7.    Emak Ali membeli se______ kain batik .
       A  kodi                B  bungkus       C   keping          D   papan
8.    Ayah Tai Kwang mempunyai beberapa _______ kereta .

       A  biji                  B  buah           C   longgok         D   pasang
9.    Beberapa _______ buah jambu telah dimakan olah tupai .

       A  butir               B  biji              C   ketul            D   gugus

10.  Se______ pelajar nakal telah menconteng bilik darjah .
       A  kumpulan         B  pasukan       C   gerombolan  D   pasangan


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@



IMBUHAN "Se" / "Ke"

Berikan Imbuhan “ke”atau“se”pada perkataan yang bergaris di bawah.

1.    Jam tangan yang dibeli oleh Garjit rupa (         ) dengan yang dibeli Ali.

2.    Perempuan yang cantik itu ialah kasih (         )  abang Mee Lan.

3.    Amirul datang ke rumah saya hari (         ) sebelum dia jatuh sakit.

4.    Dua-dua(         )  anak Pak Ibrahim belajar di Universiti Malaya.

5.    Sofia terjumpa ekor (         ) anak kucing semasa dalam perjalanan pulang
       dari sekolah.

6.    Dollah termakan pinggan (         ) nasi lemak walaupun dia sudah kenyang,

7.    Rumah saya tidaklah cantik (         ) rumah Osman.

8.    Fatimah dilantik menjadi tua (         ) Kelas 4 Amanah.

9.    Dia terpaksa mengikut hendak (         ) ibu dan bapanya.

10.   Mereka duduk meja (         ) ketika makan malam.

11.   Roslin mendapat tempat dua (         ) dalam acara itu.

12.   Tempat itu tidak indah (         ) yang digambarkan .

13.   Murid tidak dibenarkan bising masa (         )  berada di dalam perpustakaan.

14.   Keluarga penyanyi yang terkenal itu tinggal kampung (         )  dengan saya.

15.   Abangnya lebih tua tahun (         )  daripada saya.

16.  Empat-empat (         ) murid itu telah didenda oleh guru kerana tidak
        menyiapkan kerja rumah mereka.

17.  Semua (         ) ahli Persatuan Bahasa Melayu dikehendaki menghadirkan
        diri ke sekolah pada petang nanti.

18.   Perlawanan itu dimulakan lepas (         ) hujan berhenti turun.

19.   Pasukan Brazil menjadi johan dalam pertandingan bola sepak dunia (         ).

20.   Dua-dua (         ) orang pemain badminton itu hampir handal (         ).




2 ulasan:

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Tahniah! Latihan yang sangat baik untuk memantapkan penggunaan tatabahasa.