1.
Kata sendi nama
merupakan kata depan kepada kata nama.
2.
Kata sendi bertugas
sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa
yang lain.
3.
Kata sendi memerlukan
frasa nama untuk membentuk frasa sendi supaya dapat bertugas sebagai predikat
ayat.
4.
Antara kata sendi yang
lazim digunakan dalam Bahasa Melayu ialah seperti : di, ke, dari, daripada,
kepada, pada, bagi, demi, tentang, seperti, bagai, umpama, sejak, terhadap,
akan, oleh, hingga, sampai, antara, untuk, dengan, dalam, dan sebagainya.
PENGGUNAAN KATA SENDI
KATA
SENDI
|
PENGGUNAANNYA
|
AYAT
CONTOH
|
di
|
· Digunakan untuk tempat.
· Dieja terpisah daripada kata
nama atau frasa nama yang
mengikutinya.
|
1. Pertandingan itu diadakan
di Taiping.
2. Cikgu Nadia bekerja di
sekolah
itu.
|
ke
|
· Digunakan untuk tempat,
masa dan benda konkrit
tidak bernyawa.
· Dieja terpisah daripada kata
nama atau frasa nama yang
mengikutinya.
· Tidak boleh digunakan di
hadapan kata nama atau
frasa nama yang merujuk
manusia atau binatang.
|
1. Mereka akan ke Ipoh esok.
2. Din menunggu Siha dari pagi
hingga ke petang.
3. Pinggan itu dihempaskannya
ke lantai.
4. Cik Bedah ke surau. |
dari
|
· Digunakan untuk tempat,
arah
atau masa.
|
1. Bola itu ditendang dari
penjuru
padang.
2. Kami menunggu dari pukul
8.00 pagi.
3. Ely datang dari Kelantan. |
daripada
|
· Digunakan untuk orang,
perbandingan, asal
kejadian, benda abstrak,
pertentangan, dan untuk
menunjukkan keanggotaan.
|
1. Surat itu saya
terima
Daripada Yati.
2. Pensel ini lebih panjang
daripada pensel itu.
3. Ukiran itu diperbuat daripada
perak.
4. Kami memperoleh manfaat
daripadanya.
5. Yang dikatakannya berbeza
daripada yang diamalkan.
6. Kumpulan perompak senjata
api
itu terdiri daripada
enam
belas
orang anggota.
|
Kepada/ akan/terhadap
|
Digunakan selepas kata
adjektif yang menyatakan perasaan atau sikap
|
1. Devi suka akan rambutan.
2. Hanim amat sayang akan/
kepada ibunya.
3. Kita mesti hormat akan/
kepada/terhadap ibu bapa.
|
KATA
SENDI
|
PENGGUNAANNYA
|
AYAT
CONTOH
|
bagi/untuk
|
· Digunakan untuk
Menentukan sesuatu
yang dibezakan
daripada yang lain.
|
1. Derma untuk / bagi mangsa
banjir
sedang dipungut.
2. Hadiah ini untukmu. |
pada
|
· Digunakan untuk masa,
manusia, binatang,
benda abstrak, dan
benda konkrit tertentu.
|
1. Peah tiba pada pukul lapan
malam.
2. Tiket bas itu ada pada Hanim. 3. Pada pendapat saya, cerita itu
benar.
|
demi
|
· Digunakan dihadapan
kata
nama atau frasa
nama
yang membawa
maksud
tujuan
|
1.Rakyat Malaysia mesti
bersatu demi kesejahteraan
negara.
2. Demi kepentingan bersama,
marilah kita berdamai.
|
tentang
|
· Digunakan untuk
menyatakan
makna
berkenaan dengan
|
1.Menteri-menteri itu berbincang
tentang masalah
negara.
|
seperti/
umpama/ laksanabagai |
· Digunakan untuk
membawa
maksud
perbandingan atau
makna persamaan
dengan yang lain.
|
1.Pemuda itu berlagak seperti/
Umpama / laksana / bagai
orang berada.
2. Suaranya merdu seperti/
umpama/ laksana/bagai buluh
perindu.
|
dengan
|
· Digunakan untuk
Menyatakan maksud
bersama- sama atau serta,
bandingan setara,
keterangan cara,
dan
penggunaan sesuatu
sebagai alat.
|
1.Izzat bermain dengan Hazwan.
2. Hasilnya tidak setimpal dengan
usahanya.
3. Nani belajar dengan tekun. 4. Nora menulis dengan pensel. |
sejak/semenjak
|
· Digunakan untuk
membawa
maksud
penanda waktu
atau masa.
|
1. Milah sentiasa gembira sejak/
Semenjak suaminya pulang dari
perantauan.
|
oleh
|
· Digunakan
selepas kata kerja
pasif yang
berawalan di-dan
ter-
|
1. Kuih ini dibuat oleh Nadiah.
2. Anggota kumpulan itu
terpengaruh oleh kata-kata
ketua
mereka.
|
hingga/
sampai
|
· Digunakan untuk
menyatakan had
masa, waktu atau
tempat tertentu.
|
1. Anggota-anggota polis
berkawal hingga / sampai
larut malam.
2. Midah belajar hingga/sampai
peringkat universiti.
|
dalam/
antara
|
- Digunakan untuk
menyatakan pengertian
tempat yang tidak
mempunyai ruang atau
jarak.
|
1. Dalam hal ini, kita semua
setuju.
2. Mereka berbincang antara
adik- beradik
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan