1. Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk
menggabungkan perkataan dengan perkataan, rangkai kata dengan
rangkai kata, ayat dengan ayat.
2. Kata hubung
terbahagi kepada tiga iaitu:
(a) kata hubung
gabungan,
(b) kata hubung
pancangan,
(c) kata hubung
berpasangan.
3. Contoh kata hubung
tunggal dan kata hubung berpasangan/
gabungan serta penggunaannya adalah seperti yang berikut:
Kata Hubung Gabungan / Pancangan
Contoh
|
Ayat Contoh
|
agar
|
Saya berharap agar kamu dapat
menghubungi dia segera.
|
apabila
|
Mukanya pucat apabila disoal.
|
atau
|
Awak boleh menaiki bas atau teksi
untuk ke sana.
|
bahawa
|
Kami yakin bahawa yang
dikatakannya itu benar.
|
dan
|
Leela dan Siu Lan berjiran.
|
hingga
|
Ayah dan kawannya berbual hingga
larut malam.
|
Jika
|
Saya berpayung jika hujan.
|
Jikalau
|
Jikalau saya kaya, saya akan
membina rumah kebajikan.
|
kecuali
|
Semua murid Nadir kecuali Gopal.
|
kerana
|
Aini menangis kerana terlalu
sedih.
|
lalu
|
Burung itu terbang lalu hinggap di
dahan pohon.
|
manakala
|
Baju Karim bersih manakala baju
adiknya kotor.
|
sambil
|
Zalifah bernyanyi sambil
menari.
|
serta
|
Zahid serta abangnya menonton
wayang.
|
semenjak
|
Saya berkawan dengannya semenjak
kecil.
|
sementara
|
Berusahalah sekuat mungkin
sementara badan masih sihat.
|
sungguhpun
|
Sungguhpun buta, orang Itu mampu
berdikari.
|
supaya
|
Belajarlah bersungguhsungguh
supaya pandai.
|
walaupun
|
Walaupun letih, diselesaikannya
jugs kerja ItU.
|
tetapi
|
Badannya besar tetapi penakut.
|
Kata Hubung Berpasangan
Contoh
|
Ayat Contoh
|
Baik - mahupun
|
Baik lelaki mahupun perempuan
sama-sama bergotong royong membersihkan balai raya itu.
|
Baik- baik
|
Baik Daud baik adiknya samasama
pintar.
|
bukan sahaja malah
|
Fuad bukan sahaja nakal malah suka
ponteng sekolah.
|
entah entah
|
Jangan lekas percaya akan
janjinya, entah betul entah tidak.
|
Jangan – pun
|
Jangankan sepuluh ringgit,
seringgit pun dia tak ada.
|
Kian – kian
|
Kian lama kian banyak orang yang
ke sana.
|
Sama ada – ataupun
|
Guru Besar meminta sama ada bapa
ataupun ibu murid hadir ke Sekolah.
|
sedangkan...inikan pula
|
Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki
olehnya inikan pula Bukit Larut.
|
semakin...semakin
|
Encik Husin semakin kaya semakin
pemurah.
|
sungguhpun...tetapi
|
Sungguhpun badannya gemuk tetapi
dia kuat berlari.
|
walaupun...namun
|
Walaupun cacat namun Guan rajin
berusaha.
|
2. Contoh kata hubung
dalam bentuk Akar
Dan
|
hingga
|
lalu
|
ketika
|
Dengan
|
yang
|
tetapi
|
jika
|
Kerana
|
serta
|
kalau
|
kemudian
|
demikian
|
walhal
|
walau
|
agar
|
atau
|
demi
|
supaya
|
3. Contoh kata hubung
dalam bentuk terbitan.
semasa
|
sementara
|
seharusnya
|
andaikata
|
semoga
|
seketika
|
sebaliknya
|
sedangkan
|
setelah
|
sesungguhnya
|
walaupun
|
itupun
|
sewaktu
|
seandainya
|
meskipun
|
sekali[un
|
mudah-mudahan
|
moga-moga
|
jikalau
|
bagaimanapun
|
padahal
|
contoh ayat
1. Menggabungkan dua ayat
Azhar dan Malek pergi ke Pulau Pinag.
2. Menggabungkan dua rangkai kata
Kita boleh pergi ke Mekah dengan kapal terbang atau
kapal laut.
3. Menggabungkan ayat-ayat
Negara itu mengeluarkan hasil galian yang banyak tetapi rakyatnya
masih miskin dan menderita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan