Search This Blog

Kata Keterangan



1.
 Perkataan yang digunakan untuk menerangkan sesuatu perbuatan.

2.  Kata keterangan juga ialah kata yang menerangkan kata kerja dan
     kata adjektif. Contohnya:

(a)  Adik belum mandi lagi. (Kata keterangan belum menerangkan kata  
      kerja mandi)

(b)  Sayursayuran di kebun itu sangat subur. (Kata keterangan sangat
      menerangkan kata adjektif subur.)

2.  Kata keterangan terdiri daripada beberapa jenis. Perhatikan jenis-jenis
     kata keterangan tersebut, penggunaannya, serta ayat contohnya di 
     bawah ini.

Contoh

cara / gaya
begitu, begini, demikian, perlahan, cepat-cepat, lena,
1.Berjalanlah dengan perlahan-lahan supaya
   tidak terjatuh.
2. Munah pergi ke pasar dengan bas.
Masa / waktu
akan, sedang, belum, telah, sekarang, sebentar, semalam
1.Saya benar-benar terasa lapar sekarang.
2. Dia berehat sebentar sebelum
    meneruskan perjalanannya.
Nafi
bukan, tidak, kecuali
1. Orang itu tidak tinggal di sini.
2. Anak kecil ini bukan anaknya.
Tanya
mengapa, bagaimana, bila
1. Mengapakah kamu tidak lulus ujian itu ?
2. Bagaimanakah terjadinya perlanggaran
    antara kedua-dua kereta itu ?
tidak tentu /ragam
mungkin, agaknya, barangkali, pasti, tentu
1. Kalau Ahmad terus belajar dan berusaha
    pasti ia akan berjaya.
2. Barangkali dia belum cukup wang untuk
    membayat hutang.
Darjah/ kata penguat
amat, sungguh, sangat, terlalu,paling, sekali, terlampau
1. Hadiah yang kecil itu amat berharga buat
    dirinya.
2. Semua peminat sungguh terharu di atas
    kematian seniman itu.
Aspek
belum, sudah, selalu, kadang-kadang, acapkali, sesekali
1. Pembinaan bangunan itu belum dimulakan
    lagi.
2. Keluarga Halim selalu pulang ke kampung.



Jenis Kata Keterangan
Penggunaan dan Contohnya
Ayat Contoh
Kata
Keterangan
Cara
untuk menerangkan cara
Contoh: begini, begitu,betapa, demikian, dan sebagainya
1. Tidak dapat 
     digambarkan
betapa gembiranya ibu  
melihat kejayaan 
abang.
2. Janganlah bercakap 
     begitu kepada anak-
     anak.
Kata
Keterangan
Bantu
untuk menerangkan sikap pada sesuatu pelakuan atau perasaan
Contoh: akan, belum, kelak, masih, sedang, sebentar, dan sebagainya
1. Adik belum tidur walau 
    hari sudah larut malam.
2. Abang masih menuntut 
    di Universiti Malaysia 
    Sarawak.
Kata Keterangan
Masa
untuk menerangkan masa
Contoh: belum, kelak, sekarang, semalam, lusa, kadang-kadang, masih, pernah, sedang, sebentar, sejurus, selalu, seketika sentiasa, sudah, dan sebagainya
1. Saya harus pergi 
    sekarang.
2. Encik Gan akan 
    bertolak esok.
Kata KeteranganTanya
untuk menerangkan cara, keadaan, masa, dan sebab
Contoh: bagaimana, bila, dan sebagainya
1. Bilakah majlis 
     perkahwinan
    itu akan diadakan?
2. Bagaimanakah cara
    membuat kuih itu?
3. Mengapakah ayah   
    lambat pulang?
Kata KeteranganDarjah
untuk menerangkan darjah kata adjektif
Contoh: agak, amat, nian, paling, sangat, dan sebagainya
1. Kelakuan budak itu 
    agak ganjil.
2. Sedap betul masakan 
    di restoran itu.
3. Menara Kembar 
    Petronas adalah 
    bangunan yang
paling tinggi di 
Malaysia.
Kata KeteranganNafi
untuk menafikan atau
menyangkal
Contoh: bukan, tak, atau tidak
1. Dia bukan orang  
    kampung  itu.
2. Teksi itu tidak bergerak 
    sejak   semalam.
Kata KeteranganTak Tentu
untuk menerangkan sesuatu yang belum pasti
Contoh: agaknya, barangkali, entah-entah, mungkin, dan 
sebagainya
1.Hingga kini rombongan  
   itu belum tiba, entah-
   entah   tersesat.
2. Pengemis itu 
    barangkali telah 
    ditangkap oleh pihak
Jabatan Kebajikan
    Masyarakat.
kata KeteranganPenegas
untuk menyatakan penegasan
Contoh: hanya, jua
Dia hanya membeli sebuku roti.
Kata
Keterangan
Kekerapan
untuk menyatakan kekerapanberlakunya peristiwa Contoh: sering, selalu, dan sebagainya
1. Dia selalu berkunjung 
    ke  rumah neneknya.
2.Kami sentiasa 
    mendoakan  
    kesejahteraan kamu.
Kata KeteranganUmum
untuk menyatakan sesuatu secaraumum Contoh: nyaris, langsung
Pasu bunga itu nyaris terlepas daripada genggamannya.


Tiada ulasan: