Search This Blog

Kata Bilangan


1. Perkataan yang digunakan untuk menyatakan banyak atau bilangan
sesuatu.

2. Kata bilangan ada tujuh jenis, iaitu:

Jenis Kata Bilangan
contohnya
kata bilangan tentu
satu, dua, tiga, dan seterusnya
kata bilangan tak tentu
beberapa, segala, seluruh, sekalian, setengah-
setengah, dan sebagainya
kata bilangan pecahan
suku, setengah, separuh, tiga suku, dan sebagainya
kata bilangan pisahan
setiap dan tiap-tiap
kata bilangan himpunan
kedua-dua, ketiga-tiga, berpuluh-puluh, berminggu-minggu, berbulan-bulan, ribuan, dan sebagainya
kata bilangan tingkat
pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya
kata bilangan tanya
berapa


Jenis Kata Bilangan
contoh
Kata bilangan himpunan
1. Menunjukkan bilangan yang  
    tertentu.
2. Boleh diikuti dengan penjodoh
    bilangan.
3. Menunjukkan sesuatu bilangan
    secara himpunan.
1. satu,dua tiga, sepuluh
2. Dua ekor kambing.
3. keempat-empat, berpuluh-puluh,
    berjuta-juta, berabad-abad
4. Kebun Pak Abu menghasilkan berbakul-bakul durian setiap tahun.
Kata bilangan tak tentu
1. Menunjukan bilangan yang
    tidak tentu.
1. segala, semua, para, beberapa, seluruh
2. Segala maklumat akan dikumpulkan.
Kata bilangan tingkat
1. menunjukkan giliran atau
    urutan dalam sesuatu jumlah.
1. pertama, kedua, ketiga
2. Abu mendapat tempat ketiga sahaja
    dalam peraduan melukis.
Kata bilangan pecahan
1. Menunjukkan bilangan
    berbentuk pecahan.
1. setengah. sepertiga, dua pertiga,
    seratus peratus
2. Hanya sepertiga ibu bapa murid Tahun
    Enam yang hadir ke majlis itu.
Kata bilangan pisahan
1. Masing-masing, tiap-tiap, setiap
2. Setiap orang dikehendaki membayar
    yuran sekolah dengan segera.

Tiada ulasan: